Nak IkUTsapa nih???

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Kaifa halukum???Alhmdulillah..Allah masih aktifkn tgnku utk trus mnulis kt blog nih..
Tanda Allah sayang pd kta Allah hadirkn org di sekeliling kta utk bg nasihat pd kta..kali ni ana trfikir utk mnulis tntg prkara yg slalu brlaku dlm kitaran hidup kta..dlm bhs mudahnya smua org prnah rasa bnda nih..rsanya yg ni dah cukup utk intr0..haha..

Pernah x kta lalaui atau trlibat dlm situasi nih???
-jwblah sndiri-
smua org dpt nilai diri masing tp samada nilaiannya btul ataupun x je..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Orait..n_n..
Sekarang smua dah thu apa yg ana cba smpaikn..jd nak IKUT SAPA NIH???
bak kata ukhti ana : PANDAI2 NAK HIDUP

Ana nak bt ksimpulan dgn 2 kisah yg sama tp hakikatnya BERBEZA..

1) Firaun terkenal di langit dn di Bumi krana keangkuhannya pd Allah..

2) Bilal bin Rabbah juga terkenal di langit dn di Bumi krana keimanannya kpd Allah

Jadi,pilihlah antara keduanya..n_n
pstikan pilihan anda adlh yg mmbawa kpd redh0 Allah..

banyak makan..+_+'

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhmdullillah..bru je abis mkn 'nasi goreng + nugget'..wlaupun mknn yg dijamah td tuh mmg sedap tp suapan di mulut terhenti bla tringat dialog Nabi Yahya a.s dgn iblis...

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

Ya ALLAH..tersentap hati ana a.k.a hamba yg hina di sisi Allah bla mlihat kata2 nabi Yahya a.s..Seorang nabi yg tlah dijanjikn kbhagian akhirat pun masih brusaha mnjaga solat dn zikirnya..

Ternyata terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

InsyaAllah..slagi darahku masih mgalir di arteri dan vena...akanku biarkan ia trus mngalir brsama Zikrullah..kerana sesungguhnya darahku hanya milik Allah..Misiku utk mndptkn redho Allah x akan ku biarkn tergendala krn makanan yg ku jamah stiap hari..

kekayaan termahal


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Intro kali ni nak sembang pasal WAKTU..
waktu adalah kekeyaan yg plg berharga dlm hidup kita...
bukan setakat berharga tapi TERMAHAL....
tak boleh nak dijual beli...
betul x?

kalo kita perhatikan btl2,
ALLAH banyak bersumpah dgn MASA...
sbb apa?
sbb MASA kan BERHARGA...

"demi masa" (al-Asr : 1)
"demi matahari dan sinarnya pada pagi hari,demi bulan apabila mengiringinya"(asy-Syams:1-2)
"maka Aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja"(al-Insyiqaq: 16)

banyak lagi ayat2 yg Allah bersumpah dgn masa...
kalo sebut pasal SOLAT,PUASA,HAJI,ZAKAT n etc pn x lari dari masa...
misal:
"(musim) haji adalah beberapa bulan yg dimaklumi" ( Al-Baqarah : 197)

jadi...
janganlah kita habiskan waktu dgn PERCUMA...
cuba tanya diri balik...
apa yg kita wt spanjang hari ni?apa yg kita wt pada pukul 4ptg,3pg,10mlm???
adakah kita habiskan ia dgn membaca majalah yg x bermanfaat?
movie yg x dtgkn apa2 keuntungan utk diri?
bercakap perkara2 yg langsung x datangkan faedah?
berjalan ke tempat2 yg dimurkai Allah?

Ingatlah wahai diri,
WAKTU yg ALLAH beri secara PERCUMA ini akan disoal di AKHIRAT nnti...

Sbb apa masyarakat Barat lebih maju dari kita?
kerana mereka dh lama sedar bahawa waktu itu berharga...

jadi....jom sama2 hargai waktu yg masih Allah bg kt kita...
ana tulis ni sbb nk ingatkn diri yg sering lalai ini jgak...
smoga kita suma dpt ambil manfaat dr sdikit perkongsian ini...






salam perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...


Akhirnya, terpanggil juga utk menulis dlm blog ini...
Tangan ini mampu menulis kerana diizinkan oleh ALLAH...
Alhamdulillah...

Maksud di sebalik nama blog ini adalah berkenaan
kisah Rabiatul Adawiyyah....
Betapa agungnya cinta Rabiatul Adawiyyah terhadap ALLAH,sang pencipta alam....
Diri ini menangis apabila membaca kisah wanita mulia tersebut...

Ayuhlah wahai muslimah....
Contohilah keperibadian wanita-wanita hebat ini....
Rabiatul Adawiyyah, Sumayyah, Saidatina Khadijah dan lain2...
Agar kita dapat membimbing generasi akan datang...
InsyaAllah....

Akhir kalam...
Semoga blog ini dpt menjadi medan dakwah yg berkesan...